SELAMAT DATANG


Monday 5 December 2011

DARAB PINTAS

Contoh:

32 x 8 = ? 

Bagaimanakah caranya untuk mendarab nombor di atas dengan mudah tanpa menggunakan bentuk lazim?

Senang sahaja.. ikut langkah-langkah ini.

1. Bundarkan 32 kepada puluh yang hampir.

32 = 30

2. Darabkan 30 dengan 8.
30 x 8 = 240 

3.  Ambil baki nombor 30 iaitu 2 dan darabkan dengan 8. 

2 x 8 = 16 

4. Tambah kedua-dua jawapan yang diperolehi dalam langkah 2 dan 3.

 240 +16 = 256 

Maka jawapan yang terakhir ialah 256

Anda boleh semak dengan melakukan pengiraan semula dalam bentuk lazim. Kita akan belajar mendarab nombor ratus dalam pelajaran yang seterusnya.


1 comment:

  1. menarik. sesuai untuk ajar murid yang sederhana dan lemah

    ReplyDelete