SELAMAT DATANG


Monday 5 December 2011

MASIH BELUM HAFAL SIFIR???

DARAB PINTAS 2

143 x 6= ?

Bagaimana hendak mendarabkan nombor di atas dengan mudah tanpa pengiraan dalam bentuk lazim? Ikuti langkah-langkah ini.

1. Pecahkan kepada 100 x 6 = 600 
2. Pecahkan kepada 40 x 6  = 240 
3. Pecahkan kepada 3 x 6    =  18 
4. Tambahkan semua nombor 600 + 240 + 18 

Maka jawapannya 858

Mari cuba dengan contoh yang lain.

234 x 7 = ?
1. Pecahkan kepada 200 x 7 = 1400 
2. Pecahkan kepada 30 x 7  =   210 
3. Pecahkan kepada 4 x 7    =    28 
4. Tambahkan semua nombor 1400 + 210 + 28 

Maka jawapannya 1638

SELAMAT MENCUBA


DARAB PINTAS

Contoh:

32 x 8 = ? 

Bagaimanakah caranya untuk mendarab nombor di atas dengan mudah tanpa menggunakan bentuk lazim?

Senang sahaja.. ikut langkah-langkah ini.

1. Bundarkan 32 kepada puluh yang hampir.

32 = 30

2. Darabkan 30 dengan 8.
30 x 8 = 240 

3.  Ambil baki nombor 30 iaitu 2 dan darabkan dengan 8. 

2 x 8 = 16 

4. Tambah kedua-dua jawapan yang diperolehi dalam langkah 2 dan 3.

 240 +16 = 256 

Maka jawapan yang terakhir ialah 256

Anda boleh semak dengan melakukan pengiraan semula dalam bentuk lazim. Kita akan belajar mendarab nombor ratus dalam pelajaran yang seterusnya.


Sunday 4 December 2011

MENDARAB 2 DIGIT NOMBOR DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN MUDAH

Contoh 1:



Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.


2 x 4 = 8


Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.


Letakkan dulu satu garis kosong. jangan isi apa-apa nombor.


Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.


3 x 1 = 1


Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.


Hasil darab 2 x 1 = 2 dan hasil darab 3 x 4 = 12 dicampurkan menghasilkan jawapan 14. Nombor 4 diletakkan di garisan kosong tadi dan 1 dibawa atas nombor 8.


Langkah 5:
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.


Semak semula pengiraan menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja kalkulator.

sumber: chekguisza.blogspot.com

HELAH DARAB 25

Helah ini ada sedikit persamaan dengan helah darab 5. 

Anda perlu tahu 
25 = 1 / 4 x 100, 

Jadi untuk darabkan dengan 25, kita hanya mengurangkan jumlah setengah sebanyak dua kali (atau membahagi empat). dan memindahkan titik perpuluhan 2 titik ke kanan. Atau sebaliknya jika anda inginkan.

Contoh:
25 x 96 = ?
100 x 96 = 960
960/2= 480
480/2 =240

Practice make perfect!