SELAMAT DATANG


Sunday 4 December 2011

MENDARAB 2 DIGIT NOMBOR DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN MUDAH

Contoh 1:



Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.


2 x 4 = 8


Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.


Letakkan dulu satu garis kosong. jangan isi apa-apa nombor.


Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.


3 x 1 = 1


Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.


Hasil darab 2 x 1 = 2 dan hasil darab 3 x 4 = 12 dicampurkan menghasilkan jawapan 14. Nombor 4 diletakkan di garisan kosong tadi dan 1 dibawa atas nombor 8.


Langkah 5:
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.


Semak semula pengiraan menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja kalkulator.

sumber: chekguisza.blogspot.com

No comments:

Post a Comment