SELAMAT DATANG
Monday, 5 December 2011
DARAB PINTAS 2
143 x 6= ?
Bagaimana hendak mendarabkan nombor di atas dengan mudah tanpa pengiraan dalam bentuk lazim? Ikuti langkah-langkah ini.
1. Pecahkan kepada 100 x 6 = 600
2. Pecahkan kepada 40 x 6 = 240
3. Pecahkan kepada 3 x 6 = 18
4. Tambahkan semua nombor 600 + 240 + 18
Maka jawapannya 858
Mari cuba dengan contoh yang lain.
234 x 7 = ?
1. Pecahkan kepada 200 x 7 = 1400
2. Pecahkan kepada 30 x 7 = 210
3. Pecahkan kepada 4 x 7 = 28
4. Tambahkan semua nombor 1400 + 210 + 28
Maka jawapannya 1638
SELAMAT MENCUBA
DARAB PINTAS
Contoh:
32 x 8 = ?
2. Darabkan 30 dengan 8.
3. Ambil baki nombor 30 iaitu 2 dan darabkan dengan 8.
4. Tambah kedua-dua jawapan yang diperolehi dalam langkah 2 dan 3.
Maka jawapan yang terakhir ialah 256
32 x 8 = ?
Bagaimanakah caranya untuk mendarab nombor di atas dengan mudah tanpa menggunakan bentuk lazim?
Senang sahaja.. ikut langkah-langkah ini.
1. Bundarkan 32 kepada puluh yang hampir.
32 = 30
2. Darabkan 30 dengan 8.
30 x 8 = 240
3. Ambil baki nombor 30 iaitu 2 dan darabkan dengan 8.
2 x 8 = 16
4. Tambah kedua-dua jawapan yang diperolehi dalam langkah 2 dan 3.
240 +16 = 256
Maka jawapan yang terakhir ialah 256
Anda boleh semak dengan melakukan pengiraan semula dalam bentuk lazim. Kita akan belajar mendarab nombor ratus dalam pelajaran yang seterusnya.
Sunday, 4 December 2011
MENDARAB 2 DIGIT NOMBOR DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN MUDAH
Contoh 1:
Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.
Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.
Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.
Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.
Langkah 5:
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.
Semak semula pengiraan menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja kalkulator.
Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.
2 x 4 = 8
Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.
Letakkan dulu satu garis kosong. jangan isi apa-apa nombor.
Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.
3 x 1 = 1
Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.
Hasil darab 2 x 1 = 2 dan hasil darab 3 x 4 = 12 dicampurkan menghasilkan jawapan 14. Nombor 4 diletakkan di garisan kosong tadi dan 1 dibawa atas nombor 8.
Langkah 5:
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.
Semak semula pengiraan menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja kalkulator.
sumber: chekguisza.blogspot.com
HELAH DARAB 25
Helah ini ada sedikit persamaan dengan helah darab 5.
Anda perlu tahu
25 = 1 / 4 x 100,
Jadi untuk darabkan dengan 25, kita hanya mengurangkan jumlah setengah sebanyak dua kali (atau membahagi empat). dan memindahkan titik perpuluhan 2 titik ke kanan. Atau sebaliknya jika anda inginkan.
Contoh:
25 x 96 = ?
Contoh:
25 x 96 = ?
100 x 96 = 960
960/2= 480
480/2 =240
Practice make perfect!
Practice make perfect!
HELAH DARAB 50
Ubahsuai HELAH DARAB 5 dengan penambahan 0. Apa yang anda perlu tahu ialah..
50 = 100 x 1 / 2 ATAU 1 / 2 x 100
Contoh:
26 x 50 = 13
26/2 = 13
50 = 100 x 1 / 2 ATAU 1 / 2 x 100
Contoh:
26 x 50 = 13
26/2 = 13
13 x 100 = 1300
atau
26 x 100 = 2600
2600/2 = 1300
Yang paling penting ialah latih tubi adalah cara yang paling berkesan untuk mengukuhkan kemahiran matematik anda.
HELAH DARAB 5
Dalam mempelajari helah darab 5, sesuatu yang perlu difahami ialah 5 boleh dianggap sebagai 1/2 daripada 10 atau sebaliknya.
Seperti kita ketahui, sangat mudah untuk melipatgandakan nombor 10 menggunakan HELAH SEPULUH.
Contoh:
Darabkan nombor dengan 10 terlebih dahulu
24 x 5 =
(Fikirkan: 24 darab 10 adalah 240, dan setengah dari 240 adalah 120.
Jadi 24 x 5 = 120.
Bahagi nombor yang ingin didarab dengan 2
24/2 =12
kemudian 12 didarabkan 10 = 120
Nak gunakan kaedah yang mana?
Ikutlah citarasa masing-masing dan kesesuaian.
Sunday, 9 October 2011
Thursday, 6 October 2011
PENDARABAN MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH
Tahukah anda bahawa pendaraban boleh dilakukan dengan menggunakan gambar rajah. Jom kita mengkaji kaedah yang baru lagi unik ini dalam edisi kali ini…
Adik-adik marilah kita mulakan dengan pendaraban 22 dan 13. Bagi menyelesaikan pendaraban ini mulakan dengan melukis dua garisan yang condong ke kanan, seterusnya kita perlu melukis dua lagi garisan yang selari dengan dua garisan yang sebelumnya serta terletak ke bawah dua garisan yang pertama (garisan-garisan ungu dalam rajah 1). Seterusnya anda perlu melukiskan satu garisan yang condong ke bawah dan kanan serta bersilang dengan garisan-garisan ungu (garisan hijau dalam rajah 1). Selepas itu, bergerak ke atas dan lukiskan tiga (3) garisan yang selari dengan garisan yang yang baru dilukis tadi (garisan berwarna biru muda dalam rajah 1).
Sekarang mari kita mengira bilangan titik persilangan di setiap penjuru rajah 1 yang telah kita lukis. Didapati bahawa bilangan titik persilangan di sebelah kiri rajah (berlorek hijau) adalah digit pertama hasil darab antara 22 dan 13. Seterusnya, jumlahkan bilangan titik persilangan pada penjuru atas dan bawah segi empat (kawasan lorekan biru); ini merupakan digit tengah hasil darab. Manakala bilangan titik persilangan pada pepenjuru kanan segi empat dalam rajah 1 (kawasan berlorek kuning) adalah merupakan digit terakhir jawapan 22 x 13.
Kaedah ini boleh digunakan untuk pendaraban semua nombor dua digit dengan tepat, dan jika bahagian yang berlorek hijau, biru ataupun kuning mengandungi 10 atau lebih titik persilangan maka jangan lupa membawa digit “puluh” ke sebelah kiri seperti kaedah yang digunakan dalam penambahan.
Jom kita melihat konsep matematik yang tersembunyi di sebalik kaedah ini. Kaedah ini berkesan disebabkan bilangan garisan yang terdapat dalam gambar rajah memainkan peranan sebagai pemegang tempat ( berdasarkan kuasa 10: iaitu tempat “sa” , “puluh”, “ratus” dan seterusnya), manakala bilangan titik persilangan di setiap penjuru adalah hasil darab bilangan garisan. Maka dari segi matematik kita sebenarnya sedang menjalankan operasi seperti di bawah:
22 x 13 = ( 2*10 + 2 ) * ( 1*10 + 3 ) = 2*1*100 + 2*3*10 + 2*1*10 + 2*3 = 286.
Pendaraban ini digambarkan melalui rajah 1. Iaitu kawasan berlorek hijau mewakili 2*1=2 titik. Manakala di kawasan berlorek biru terdapat 2*3+2*1= 8 titik. Sementara itu di kawasan berlorek kuning pula terdapat 2*3=6 titik. Maka dari sini kita akan nampak bahawa kaedah pendaraban ini juga mengikut operasi yang sama dengan kaedah pendaraban biasa di mana kita menambahkan jumlah setiap baris.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk pendaraban yang melibatkan nombor-nombor tiga(3) digit dengan mengingati kita kena membawa nombor di tempat puluh ke kiri bila ianya melebihi 9. Namun masa yang diambil akan semakin panjang maka kaedah ini tidak begitu digalakkan. Adik-adik digalakkan mencuba keadah ini untuk pendaraban nombor 2 digit dahulu….Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)